Warna dan simbol tong kitar semula

Hai semua! Mari belajar tentang warna dan simbol yang terdapat pada tong kitar semula SIMBOL KITAR SEMULA Simbol ini dapat dilihat pada tong kitar semula WARNA TONG KITAR SEMULA Terdapat tiga warna tong kitar semula iaitu : 1. Tong Coklat : Kaca Contoh bahan kaca yang boleh dimasukkan dalam tong coklat ialah : Botol minuman kaca Balang kaca Bekas kosmetik Botol minyak wangi 2. Tong Jingga : tin / aluminium dan plastik Contoh bahan tin dan plastik yang boleh dimasukkan dalam tong jingga ialah : Tin minuman Tin makanan Beg plastik membeli belah Botol plastik 3. Tong Biru : Kertas Contoh bahan kertas yang boleh dimasukkan dalam tong biru ialah : Surat khabar Buku Kotak kadbod Sampul surat