Warna dan simbol tong kitar semula

 Hai semua! Mari belajar tentang warna dan simbol yang terdapat pada tong kitar semula



SIMBOL KITAR SEMULA


Simbol ini dapat dilihat pada tong kitar semula





WARNA TONG KITAR SEMULA

Terdapat tiga warna tong kitar semula iaitu :

1. Tong Coklat : Kaca



Contoh bahan kaca yang boleh dimasukkan dalam tong coklat ialah :

  • Botol minuman kaca
  • Balang kaca
  • Bekas kosmetik
  • Botol minyak wangi



2. Tong Jingga : tin / aluminium dan plastik


Contoh bahan tin dan plastik yang boleh dimasukkan dalam tong jingga ialah :

  • Tin minuman
  • Tin makanan
  • Beg plastik membeli belah
  • Botol plastik




3. Tong Biru : Kertas



Contoh bahan kertas yang boleh dimasukkan dalam tong biru ialah :
  • Surat khabar
  • Buku
  • Kotak kadbod
  • Sampul surat